Isnin, 9 Jun 2014

Cara Memasak Daging Masak Merah

BAHAN A

500 gram daging 
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
2 batang serai (diketuk)
1 sudu makan asam gelugur
2 cawan air
3 helai daun limau purut
5 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

BAHAN B (DIKISAR)

20 biji tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan jintan manis
1 inci lengkuas

CARA MEMBUAT

1. Daging dihiris kecil dan nipis. Basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar  
    sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan air asam gelugur. Masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan garam dan bawang besar. Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak.
5. Sedia dihidangkan.

                                                        ( just ambil dalam images jer . . . )